MATA AKU UNTUK KUALA LUMPUR


Assalamualaikum, entri kali ini adalah terinspirasi dari cadangan oleh seorang kawan. Beliau memberitahu ada satu pertandingan “blog for federal territory” yang mengadakan satu pertandingan untuk menyampaikan idea serta pandangan atau apa sahaja yang menggambarkan atau menceritakan tentang Wilayah Persekutuan. Jadi aku pun mula berfikir fikir tentang bahan apakah untuk aku paparkan. Sebagai seorang yang bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur aku rasa banyak yang boleh aku paparkan tetapi setelah beberapa minggu kemudian, aku lupa tentang pertandingan ini dikeranakan tugas dan kerja yang harus diselesaikan.
Semalam, aku teringat tentang pertandingan tersebut, aku layari laman web http://www.blog4ft.com dan aku terkejut bila aku lihat tarikh tutupnya hari ini, jadi aku sedikit kecewa. Tetapi bila aku baca kembali tarikh tutup penyertaan yang berakhir jam 12pm pada 5 Januari 2010, maka aku pon terus cari bahan yang sesuai. aku masih ada 10 jam sebelum pertandingan ditutup. Jadi aku rasa berbaloi jugalah untuk aku sertai pertandingan ini.
Aku, seorang jurugambar amatur yang “biasa-biasa sajaaa”, subjek yang paling aku sukai ialah wajah manusia, ekspresi dan juga pemandangan. Oleh kerana rumah aku sekarang berada di tingkat 12 yang mana tingkap dan balkoninya menghadap ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur maka aku cukup masak dengan pemandangan Kuala Lumpur. Bila cantiknya dia, bila muramnya dia, bila megahnya dia, bila sayunya dia. Satu kota yang tak pernah sunyi dan tak pernah kering dengan pemandangan baru. Jadi aku mengambil inisiatif untuk memaparkan gambar Kuala Lumpur dari mata aku untuk aku kongsi bersama. Kerana aku memang tak pandai melukis dan tak pandai menulis macam orang lain yang hantar penyertaan mereka di pertandingan ini. Ini sahajalah yang boleh aku paparkan, MATA AKU UNTUK KUALA LUMPUR.
Disini dipaparkan 8 imej terbaik bagi aku untuk aku persembahkan. saiz imej tersebut adalah 1024 x 768 pixel, maka sesuailah dijadikan “WALLPAPER” atau “SCREEN SAVER” komputer ataupun “notebook”. Diharap penyertaan ini dapat memaparkan keindahan Kuala Lumpur serta menarik minat pelancong untuk terus datang ke Kuala Lumpur.
GAMBAR 01

// Aku kurang pasti tentang kawasan pemandangan ini, mungkin ini pemandangan di kawasan Jalan Duta dan sekitarnya. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 02

// Pemandangan Taman Tasik Titiwangsa dari tingkat 12 rumah aku, diambil pada waktu pagi sekitar jam 0645am. Kabus-kabus pagi menghasilkan semcam “depth of field” yang menarik. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 03

// Pemandangan Setesen LRT Sentul, diambil pada waktu yang sama dengan imej pertama, waktu ini aku kelam kabut “setup” dan “setting” kerana pemandangan begini biasanya akan muncul sekejap sahaja, mungkin sekitar 10 minit kemudian semuanya akan menjadi gelap. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 04

// Gambar diambil di hadapan bangunan KLCC pada waktu malam, selepas hujan. Bangunan KLCC pada waktu begini biasanya amat cantik dan kelihatan sangat bersih dan indah apabila lampu lampu yang megah menyuluh kepingan logam “stainless steel” pada tubuh KLCC. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 05

// Menara Kuala Lumpur yang dahulunya menjadi puncak tertinggi di Kuala Lumpur. Masih tetap tegap dan menjadi antara tarikan utama pelancong. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 06

// Menara Berkembar Kuala Lumpur, mercu tanda kemegahan Rakyat Malaysia dan warga Kuala Lumpur khasnya. Dikala siang cemerlang kilauan dari pantulan cahaya matahari cukup melambangkan kemegahannya dan sinaran pantulan lampu-lampu cukup membuatkan ia bersinar indah. Malam atau siang, Menara Berkembar ini akan terus tersergam indah. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 07

// Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terlihat gumpalan awan-awan yang cantik di dada langit Kuala Lumpur, aku percepatkan langkah untuk segera sampai dirumah kerana disitulah “studio” untuk aku “capture” awan-awan indah tadi. Agak jarang sebenarnya awan begini muncul dikeranakan jerebu yang semakin tebal, tetapi hari yang indah sebegini cukup untuk melupakan semua kisah kisah jerebu. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
GAMBAR 08

// Waktu ini aku bersama seorang teman mengadakan “sky tour” di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Pemandangan dari atas sangatlah berbeza dan membolehkan kita melihat struktur bangunan dan susun atur bandaraya yang teratur. ( Sila klik disini untuk imej yang lebih besar )
Sekian sahaja peparan yang dapat aku pertontonkan, semoga ia dapat memberikan inspirasi buat yang lain dan InsyaAllah aku akan terus tanpa bosan menyemadikan foto foto Kuala Lumpur yang lebih berkualiti di masa yang akan datang. Sayangi Kuala Lumpur.
Aku baru nak tidur… Selamat…
:: lagu untuk kamu ::
Memang ku tak mampu belikan dia perhiasan
Tak pernah atau memberi kemewahan
Tapi ku yakin dia bahagia
Tanpa itu semua ..
Walau memang dirimu
Bernasib baik ..
Bapak lo kaya
Yang selalu kau andalkan
Untuk mendapatkannya
Percuma kau dekati dia
Karena cintanya pasti
Untukku
Aya ya ya simpan saja uangmu
Aya ya ya bawa pergi mercymu
Aya ya ya enyahlah
Dari bunga mawarku
Aya ya ya enyahlah
Dari mawar merahku
kar’na dia milikku !
Memang penampilanku, juga
Rupaku slenge’an
Memang cara hidupku tak teratur
Pengangguran (kata orang sih !)
Tapi kuyakin dia bahagia
Kar’na dia mawar merahkuuu
// video slank @ indonesian embassy @ london… ini buat kamu yang selalu buat aku selalu ingin untuk selalu tersenyum… makasih yaach…
a song…
Yang Manis - Slank
tersenyumlah…
andai kau sadar senyummu itu indah
tertawalah…
andai kau tau tawamu memecah suasana
bicaralah…
biar ku tau apa isi hatimu
Ungkapkanlah…
biar kita bisa bertukar pikiran
jangan mencoba jadi bidadari
kau gak perlu sempurna
kau gak perlu berubah
gak ada yang sempurna
hanya senyumanmu yang kubutuhkan… yang maniss
mendekatlah…
jangan membuat jarak dengan diriku
bebaskanlah…
tak usah kau jaga kelakuanmu
bisikkanlah…
andai kau mau untuk berbagi rasa
ucapkanlah…
tak usah merangkai kata2 yang indah
( http://www.imeem.com/n9aciirr/music/T4HXLHO5/slank-yang-manis/ )
:: aku tak pandai berpuitis kata kata indah, aku tak reti nak ekspresi cinta aku, aku tak reti nak berbunga bunga… aku takde ayat power… sorry… tp apa yang aku tau, aku berbuat kerja kerja untuk cinta… i know how to love… jadi, kalau aku ini belum cukup hebat, aku minta maaf… aku tak boleh lebih dari itu kerana ini aku… aku harap difahamkan sahaja… kalau aku belum cukup perfect, kalau kau rasa ada hati yang lebih sensitif untuk bertindak dan cukup lembut untuk dijinakkan, buatlah pilihanmu… jangan letak aku dalam mana mana keputusanmu itu… letak dirimu… itu masa depanmu… masa depan aku, aku tak tahu dan aku rasa tak lah cemerlang sepertimana orang orang lain… takda tujuan pon… hanya nak cari ketenangan hati aku sendiri dengan atau tanpa melibatkan orang lain… ego bunyinya… tp itulah yang menjadikan aku, aku…
:: kalau nak makan, nak hilangkan lapar… makan je… sedap atau tak… asal kenyang… kalau taknak makan, tinggalkan… aku makankan… setel… sendiri lapar, sendiri tanggung… prinsip aku senang, take it or leave it… sebelum ni kalau ada peel mengada ngada dari aku, itu hanya alasan untuk aku bermanja… i am a lot harder than that… sebelum nanti aku berserah…
:: sebelum ni aku tulis senyap senyap, ni publicly aku tulis… yes i am a hard man to understand n to be with… thats all..
new family n g2o on track

// 8 julai 2009… pagi tu aku dapat msg mak cakap noni dah check in kat kajang medical center… tgh menunggu masa melahirkan anak pertama dia… cucu pertama mak aku… anak buat pertama kami adik beradik… punya la excited… nak nak pulak memang dah tau lelaki yang bakal meriuhkan dan menceriakan lagik family besar encik zulkafli… aku dok call mak 2-3 kali dok tanya banyak bende… mak cakap tunggu masa jek.. mak pon nak pegi sekolah dah time tu… aku lak dok ngajar kelas illustrator kat shah alam… adeh macamana nak skip kelas ni… adeh… jem otak… kalau kat opis ke or miting ke leh aku lari je pegi kajang… jadi mengajar la dengan penuh ketidaksabaran nak balik… mengadap lecturer lecturer yang baru nak kenal pen tool… tghari mak msg, noni dah bersalin… selamat semuanya…
// habis je kelas, lajuuu je aku ke kajang… ward 304… tak tgk kiri kanan sampai cari lif pon tak jumpe… last sekali naik lif emergency… tolak je pintu, aku nampak razif (adik ipar aku) dan noni tgh baring atas katil ward dok sengeh busuk… aku tgk tempat letak baby tu kosong je… mana budaknya ni… rupanya dia baring sebelah noni sambil noni dok belek belek anak dia yang baru beberapa jam lepas dia sengsara berejam dlm delivery room… alahaiii… keciknyaaa… lembik tengkorak kepala dia… aman je dia tido… senyum sendiri aku… alahai… kenitnya… muhammad adham… ustaz harun din yang pilihkan nama tu 3-4 hari sebelum tu… terujanya aku…
// kemudian aku angkat dia… bau bau kepala dia… seluk dalam selimut tgk pegang kaki tangan dia… duduk atas kerusi then telak dia dalam pelukan aku… “aku paklong ko ni… bangun bangun”… dia bukak mata sikit sikit pehtu pejam balik… lama lepas tu dia bukak mata, besooonya mata dia… aku belek belek muka dia lama lama… kuarkan henpon, amik gamba… sambil pusing pusing konon nak bg blur belakang… banyak kali cube, ade la satu jadik… hahaha budak tu umor baru beberapa jam dah aku pusing pusingkan… agaknya pening kot dia sbb lepas tu dia merengek… 2-3 menet lepas tu… KUATNYA MAMAT NI NANGIS… hehehe… layankan aje sampai dia diam… sampai lenguh tangan aku… mak dtg tp tak sempat tgk adham sbb dia dah masuk balik bilik tempat baby baby… mak dok mengintai tp derang tutup blind… abah kat cambodia tatau lagik dia dah ada cucu… call tak dpt dpt… sok balik tgk la terujanya abah… lama takde budak laki dlm umah…
// letih berjalan n ada memember noni dok dtg dan lepas aku makan roti noni aku pon lepak la atas sofa kat ruangan menunggu tu… sambil dok msg kasih kasih ngan si ili… sedar sedar omar (adik aku no 6) gerak aku, dah maghrib… tetido siap bedengkur dia cakap… hahah letih gle… dengan bangun pagi tak ingat… adeh… lemau gile… mak dok bising suh gi semayang maghrib… pehtu aku balik umah mak… masuk je nampak sofa terus landing sampai kui 10 kot… tp bangun je senyum… dah ada anak buah… sembang ngan mak… then balik, sok nak ngajar lagik… adeh lemau dowh…

// godek gamba dlm pc tadi… sambil dok tunggu kontraktor dok repair pintu toilet… jumpe gamba keta integra acik yang masuk trek bulan lepas… saje je, bangga ada stiker aku kat keta race tu hahaha… tp aritu tak abeh endurance lak… enjin problem… tp biasa la, underdog… tahun lepas nyer merdeka endurance pon tak abeh… taun ni tatau lak leh masuk tak merdeka endurance… kata diorang nak mansuhkan kelas “B”… macam nak mansuh PPSMI jek… bagi je la org race… kalau race kat jalan kang dok rush kata pelumba haram… ni nak masuk race halal pon susah… dah la mahal nak mampos… tu yang suke sangat merembat minyak time abeh race…
// kalau masuk merdeka endurance ni ingat nak test drive kaw kaw hehehe.. kalau masuk ada 2 bijik nak kene design lagi, sebijik s200 ada orang nak derma… aku minat tp takde cukup sen… dulu takat main haram haram ade la sket sket… kalau imran (adik no 2) dia minat moto, aku takut corner laju laju, terbayang camana kalau gigi landing atas tar hahaha… padahal pakai helmet… tak cukup berani lagi kot…
// adeh sengal dah badan badan ni… nak kene kuar kl dah ni… ikutkan malam tadi aku dah pegi panjat bukit kat sungai lembing kat area kuantan… member ajak tgk sunrise cantik kat sana… kontraktor tu pulak nak dtg arini… takde org lain leh dtg tgk, sume kuar kl awal awal lagik… bebudak pon takde… sume pakat pi tgk rainforest concert… sangap la aku sorang sorang kat opis… pasang lagu kuat kuat, surf sampai muntah… hurmmm sapa nak jual d200?… aku cari kat tenet lately takde la pulak sapa nak jual… dulu bersepah sepah… nak beli d90 kang tiru si ili lak…
// chow, gi umah mak…

